Naraina Pillai
Naraina Pillai

Naraina Pillai

Narayana Pillai (Bahasa Tamil: நாராயண பிள்ளை) merupakan seorang usahawan dan peniaga Tamil. Beliau sebelum ini bekerja di Negeri Selat Pulau Pinang, namun pada tahun 1819, beliau berkenalan dengan Thomas Stamford Raffles yang menawarkan beliau peluang membuka perniagaan sendiri di kawasan hujung selatan Selat Melaka di Pulau Ujong yang penuh strategik di mana jajahan Singapura mula dibangungkan lanjut.[2]Beliau antara tokoh setempat diperingati selain Sang Nila Utama dan Munshi Abdullah semasa keraian dwiabad Singapura moden dengan terdirinya patung-patung arca di tepian Sungai Singapura pada tahun tahun 2019.[3][4]